Mentor Star Life Datuk Prof. Dr. Stella Chin Kui Yin
Ikon Kejayaan Wanita
CEO sebuah syarikat multinasional yang membimbing pasukannya ke arah mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.
Dewi Transformasi
Berhati mulia meskipun telah berdepan dengan pelbagai ragam manusia.
Pencapaian Lagenda
Lebih berbangga dengan pencapaian beliau dalam bidang kebajikan daripada kejayaan beliau dalam bidang keusahawanan.
Pemimpin yang Diiktiraf
Seorang ahli professional yang disegani dan merupakan seorang usahawan sosial yang penuh dengan kasih sayang.
Dalam mengharungi cabaran kehidupan yang mendatang, beliau sentiasa menegakkan semangat muhibbah dalam kehidupan.
Berpegang kepada prinsip dan kepercayaan bahawa semua orang berhak untuk bersinar, beliau telah mengharungi cabaran hidup dan kini merupakan seorang mentor yang membantu mereka yang bercita-cita untuk merealisasikan impian mereka.
Dengan berkongsi pengalaman hidupnya, beliau mencetuskan inspirasi dalam orang-orang di sekelilingnya untuk memulakan kehidupan baru, membuka pintu kepada sebuah kehidupan yang indah dan seimbang. Beliau percaya bahawa semua orang dilahirkan sebagai bintang, dan bintang merupakan berlian-berlian di langit. Bersama-sama, kita mampu menerangi dunia ini.
Beliau merupakan… mentor hebat yang mampu mentransformasikan hidup anda.
Stella CLOCKWISE
Navigasi Bintang Kehidupan
Dua belas jam pada permukaan sebuah jam mewakili jangka hayat anda, dengan setiap jam melambangkan tujuh tahun dalam kehidupan.
Kehidupan anda juga boleh dibahagikan kepada empat bahagian, mewakili empat peringkat penting dalam hidup.
Kita mestilah berfikir dengan jelas, sentiasa bersedia dan mempunyai disiplin diri untuk merancang kehidupan kita terlebih dahulu sebelum menempuhinya
Pastikan anda sentiasa mengawal setiap detik waktu kehidupan anda supaya anda mencapai kehidupan yang seimbang pada setiap peringkat hidup.
Jadilah seorang yang penyayang. Kasih sayang merupakan sebuah akaun bank yang memerlukan pengisian secara berterusan dengan perkara-perkara positif , jadi sentiasa menzahirkan kasih sayang melalui kata-kata dan perbuatan;
Jadilah seorang yang baik hati. Jangan biarkan kepahitan hidup mencuri kemanisan diri anda;
Jadilah seorang yang bersyukur. Carilah kebahagiaan daripada perkara-perkara kecil dalam hidup dan jangan sesekali ambil remeh perkara-perkara tersebut;
Beliau ibarat seorang perancang kehidupan, penuh dengan kasih sayang dan ketabahan, Mencipta sinar harapan serta membantu merealisasikan cita-cita semua orang agar turut bersinar!
Peristiwa
Beliau ibarat seorang perancang kehidupan, penuh dengan kasih sayang dan ketabahan,
Mencipta sinar harapan serta membantu merealisasikan cita-cita semua orang agar turut bersinar!
Kami membantu mereka yang bercita-cita tinggi untuk memahami diri mereka, mencungkil bakat dan potensi diri, serta meningkatkan kebolehan dan kemahiran,
Kami mengalakkan orang ramai untuk mencipta dan mencapai kehidupan yang lebih bahagia! Kami berbesar hati untuk berjaya bersama-sama dengan anda!