Pengasas Stellavingze, Datuk Prof. Dr. Stella Chin K.Y percaya bahawa ini juga yang memberikan kita semangat untuk terus maju jaya. Keluarga adalah asas dimana terbinanya masyakat. Sekiranya wujudnya kasih sayang di dalam keluarga, maka kasih sayang itu juga akan wujud dalam masyarakat.

Apabila sebuah keluarga berubah kepada yang lebih baik, masyarakat juga akan berubah kepada yang lebih baik.
Oleh itu, keluarga bukan sahaja asas kepada sesebuah masyarakat malah merupakan tunggak masa depan masyarakat. Manusia berusaha untuk mengejar kasih sayang kerana kunci kebahagiaan adalah kasih sayang. Kita semua sedar bahawa kasih sayang yang mengalir dalam keluarga kita membolehkan kita terus mengharungi kehidupan seharian kita yang sibuk.
“Kasih sayang bermula di rumah”. Itulah sebabnya kami memulakan ‘Happy Family Workshops’ di Malaysia.

 

Kami berharap melalui pendidikan, anak-anak kita dapat menghayati susah payah ibubapa mereka dan belajar nilai kesyukuran. Pada masa yang sama, kami juga boleh meningkatkan pemahaman ibubapa terhadap realiti kehidupan anak-anak mereka dan seterusnya meningkatkan kasih sayang dalam setiap keluarga dan mencipta sebuah masyarakat yang lebih baik.

Memperkenalkan ‘The Star of Universe International Masterclass’. Stellavingze mempunyai satu siri kursus yang komprehensif dan padat dengan pengisian, yang dirancang bagi membantu anda mentransformasikan hidup anda secara menyeluruh dan membina keyakinan diri. Kursus perkembangan kendiri kami akan meluaskan perspektif dan pandangan anda. Berbekalkan pemikiran dan mentaliti yang betul, anda boleh menjadi seorang yang berjaya yang sebenar-benarnya dalam hidup! Kursus pengurusan perniagaan kami pula dikendalikan oleh usahawan-usahawan bertaraf antarabangsa yang telah diiktiraf dengan pelbagai anugerah dengan kebolehan mereka dalam menguruskan sebuah pasukan. Dalam masa 90 hari sahaja, anda boleh memimpin sebuah pasukan melalui kursus ini! Kursus pemasaran kami akan mengajar anda cara untuk membaca minda pelanggan anda dan seterusnya mendapatkan kata sepakat mereka dalam tempoh yang sangat singkat!

Di samping itu, kami juga mengendalikan bengkel kebahagiaan di mana setiap peserta dapat menghayati kegembiraan dan kebahagiaan sambil mengembangkan kemahiran hidup mereka.
Anda boleh berehat seketika daripada kehidupan anda yang sibuk untuk meluangkan masa dengan diri anda dan mendengar bisikan hati anda.

Belajarlah daripada bisikan hati anda dan serlahkan versi terbaik diri anda!

Masih mencari sebahagian daripada peta kebahagiaan anda? Izinkan kami untuk melengkapkannya!

Sebilangan orang berpendapat bahawa mempunyai impian itu baik, tetapi bukankah lebih baik lagi sekiranya ada seseorang untuk membantu anda merealisasikannya?

Wishing Star merupakan sebuah program yang dirangka khas oleh Stellavingze untuk membantu orang ramai mengisi kekosongan dan kekurangan dalam hidup mereka. Melalui kolaborasi dengan agensi pelancongan, butik pengantin serta organisasi profesional yang lain, kami menyediakan aktiviti khas untuk anda bagi mengisi kekosongan dalam hidup anda. Sebuah percutian keluarga yang tak dapat dilupakan, sebuah lamaran yang menyentuh hati, sebuah sambutan istimewa untuk menyambut ulang tahun perkahwinan anda, sebuah kurikulum yang menekankan pertumbuhan peribadi–namakan sahaja, kami mampu merealisasikannya. Di Stellavingze, anda akan bertemu dengan sebahagian hidup yang selama ini hilang, dan anda boleh mengisi kekosongan tersebut demi mencapai kehidupan ideal.

Di Stellavingze, kami sering membuat kerja-kerja amal dengan matlamat untuk menjaga kebajikan warga emas dan kanak-kanak yang memerlukan.

Sebagai contoh kerja amal yang pernah kami lakukan termasuklah menyediakan masakan ‘hotpot’ untuk makan malam di rumah jagaan warga tua bersama penghuninya, mengumpulkan bahan bacaan terpakai untuk disumbangkan kepada Delight-Land Elementary School di Taitung; menderma untuk pendidikan kanak-kanak yang kurang berkemampuan, menjahit topi untuk pakaian musim sejuk bagi pesakit kanser, dan lain-lain lagi.

Barangkali kita semua hidup di dalam realiti kehidupan yang sedikit kabur.
Apa yang kami inginkan adalah untuk membuka hati anda,
Menerangkannya dengan cahaya kasih sayang, dan mengisinya dengan kebahagiaan.