Yuran Pendaftaran: RM2500 Harga promosi RM2,000

Durasi pengajian: 11 am – 6 pm

Jumlah peserta maksima: 30 orang

Pembimbing

Mentor Star Life Datuk Prof. Dr. Stella Chin Kui Yin

Star of Universe - bintang yang paling bersinar bermula dengan kerjaya anda!

Star of Universe adalah sebuah Akademi Antarabangsa yang dibawakan oleh Stellavingze. Kami telah merangka satu siri kursus offline yang mampu membantu anda mentransformasi secara menyeluruh dan pada masa yang sama meningkatkan nilai diri anda.

class-1

Kursus Pertumbuhan Kendiri

Sebuah kursus yang akan membantu anda untuk mencapai matlamat anda dengan kuasa pemikiran positif dan seterusnya membawa anda ke arah kejayaan.

class-2

Kursus Pengurusan Perniagaan

Seorang usahawan yang telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa akan membimbing anda untuk menguasai kemahiran pengurusan yang efektif dan praktikal.

class-3

Kursus Pemasaran

Sebuah sistem untuk mengembangkan kemahiran pemasaran yang cekap dengan memberikan anda pemahaman yang lebih baik, membolehkan anda merangka strategi pemasaran yang lebih berkesan.

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Art of Position’?

Aksara yang digunakan dalam Bahasa Cina untuk melambangkan perkataan “Posisi” ditulis sebagai 位, yang menggabungkan aksara Manusia (人) dan Penyandar (立). Simbol ini boleh diinterpretasikan sebagai “pendirian yang mendominasi tindakan seseorang”. Ketika anda berada di posisi ‘Pemimpin’ tetapi bercakap tanpa membuat satu pendirian yang kukuh, anda tidak akan dapat menggunakan kuasa dan pengaruh anda.

Perlukah Anda Mengetahui “The Art of Position”?

Dalam hidup anda, anda perlu memainkan pelbagai peranan yang berbeza! Dalam memainkan semua peranan tersebut, anda perlulah mempunyai kemahiran untuk membaca tindak-tanduk dan expresi manusia, melakukan pelbagai perkara dan bertutur secara berbeza bergantung kepada posisi anda. Tidak ada sesiapa yang mampu menjadi seorang pengurus yang baik secara kebetulan, namun anda tidak mempunyai banyak masa untuk mempelajari hal ini di tempat kerja, jadi anda harus bertindak dengan pantas. Walaupun anda belum menjadi seorang pengurus, anda juga perlu mengetahui cara yang betul untuk menjadi pengurus yang baik!

Pengenalan Kursus

Bagi menjadi seorang pelaksana yang baik, anda perlu memahami semua perkara tentang diri sendiri secara menyeluruh tanpa melupakan asal-usul. Untuk menjadi seorang pengurus yang baik, seseorang perlulah menjangkau imaginasi dan memimpin pasukan ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Memandangkan situasi kerja berubah dari tahun ke tahun, anda layak untuk mengubah posisi anda! Sekiranya anda ingin bekerja dari posisi yang lebih baik, anda perlu bekerja dengan lebih keras. Untuk mengubah posisi sekarang, anda haruslah mengubah pemikiran anda terlebih dahulu, bagi mengembangkan kebolehan baru dan memajukan diri supaya diri anda mempunyai kebolehan yang lebih baik demi mencapai cita-cita. Setelah berpengalaman bekerja secara praktikal di pejabat selama bertahun-tahun, kami telah mengembangkan sebuah falsafah pengurusan unik yang akan membantu anda mengenalpasti realiti di tempat kerja, melihat tempat kerja dengan pandangan yang baru, dan memperjelaskan lagi matlamat serta kecenderungan diri. Kursus ini bukan sahaja bertujuan untuk mengajar, tetapi juga untuk membincangkan perihal kebahagiaan dan kasih sayang di tempat kerja, impian serta masa depan.

Dalam kursus ini, anda akan mempelajari

ckass-01

Prinsip Pengurusan Masa 888

Terdapat hanya 24 jam dalam sehari, jadi belajarlah cara untuk menyeimbangkan kerjaya, kehidupan dan tidur anda dalam waktu yang singkat ini.

ckass-02

3 S ke 6 S

Dari “tindakan” kepada “memimpin”. Ia bukan lagi hanya 3 perkara; ‘Sales’, ‘Service’ dan ‘Sponsoring’ (rujukan) Apakah lagi 3S yang diperlukan untuk mencapai teras kerjaya anda?

007

3 Peringkat Amalan Pengurusan

Melalui ketiga-tiga peringkat pengurusan ini, anda akan mampu memahami sepenuhnya ciri-ciri dan kebolehan pekerja bawahan anda, berwaspada daripada terpengaruh dan memastikan bahawa anda dapat membezakan antara perkara yang betul dari yang salah.

ckass-04

Sijil Penyertaan oleh ILM UK

Setelah menyempurnakan kursus ini, anda akan menerima sijil daripada INSTITUTE LEADERSHIP MANAGEMENT (ILM) UK. Ini adalah pengiktirafan professional antarabangsa bagi bidang MANAGEMENT (pengurusan). Kini kebanyakan syarikat korporat lebih cenderung memilih lesen professional sebagai asas pekerjaan. Memiliki lesen professional antarabangsa adalah lebih memberikan saingan dalam pekerjaan daripada ijazah.

Maklumat Kursus

Tarikh mendaftar:
Masa:
Kapasiti kelas: 30 orang maksima

Untuk dibawa: Komputer riba atau buku nota

Makanan: Makan tengah hari disediakan untuk 2 hari

Harga: RM2,500
Promosi: RM2,000

Registration form

CAPTCHA image

Ini bagi membantu kami mengelakkan spam, terima kasih

Maklumat Penting untuk Pendaftaran

• Kaedah pendaftaran dan pembayaran: jumlah kiriman wang haruslah diselesaikan dalam masa tiga hari selepas pendaftaran dibuat dan hubungi kami melalui emel, Facebook messenger rasmi kami atau aplikasi Line.
• Yuran penyertaan kursus ini merangkumi kos satu penyerahan sijil ILM (£ 60). Sekiranya proses penyerahan gagal, kos penyerahan semula perlu ditanggung sendiri oleh peserta.
• Bagi menyesuaikan diri dengan faktor-faktor seperti bencana alam, gempa bumi, mogok, dan arahan pembatalan oleh pihak berkuasa (force majeure)...sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau situasi gangguan lalu lintas, pihak penganjur berhak untuk mengubah dan mengumumkan tentang keputusan perubahan kursus ini melalui laman web rasmi. Sekiranya peserta tidak dapat mengikuti kursus kerana perubahan yang telah dibuat, yuran akan dikembalikan 100%.
• Kaedah pengembalian: sekiranya kontrak ditamatkan dengan sewenang-wenangnya di atas faktor peribadi dan pengembalian dana tidak dipindahkan kepada pihak ketiga, bayaran pentadbiran sebanyak 100 yuan akan dikenakan:

(i) Jika kursus dibatalkan lebih dari satu bulan sebelum tarikh permulaan kursus, 100% yuran pengajian akan dikembalikan setelah menolak bayaran pentadbiran;

(ii) Jika kursus dibatalkan dalam masa satu bulan (termasuk) sebelum bermulanya kursus, 80% daripada yuran pengajian akan dikembalikan setelah ditolak yuran pentadbiran;

(iii) Jika kursus dibatalkan dalam masa dua minggu (termasuk) sebelum bermulanya kursus, 70% daripada yuran pengajian akan dikembalikan setelah ditolak yuran pentadbiran;

(iv) ) Sekiranya kursus dibatalkan dalam masa 7 hari (termasuk) sebelum bermulanya kursus, pembayaran balik adalah tidak dibenarkan.
• Jika jumlah peserta tidak mencapai jumlah peserta minima, penganjur berhak membatalkan kursus dan mengatur kelas lain. Penganjur akan menghantar notis di laman web satu minggu sebelum permulaan kursus, dan menghantar notifikasi melalui emel, SMS, Facebook rasmi atau applikasi Line untuk memaklumkan peserta. Sekiranya penganjur gagal berbuat sedemikian, peserta akan mendapat bayaran balik sepenuhnya.
• Maklumat penting untuk peserta:

(1) Surat pengesahan pendaftaran dan kad pengenalan akan digunakan untuk pendaftaran semasa kursus berlangsung. Tiada tempahan tempat duduk akan diberikan. Sila hadirkan diri anda lebih awal dan ambil tempat anda di tempat yang disediakan.

(2) Tiada alat tulis akan disediakan semasa kursus ini. Sila bawa bersama laptop atau buku nota anda sendiri.

(3) Semua pelajar haruslah mematuhi peraturan pihak berkuasa. Rokok dan minuman keras adalah dilarang sama sekali. Penganjur berhak mengarahkan mana-mana peserta untuk menamatkan kursus tanpa bayaran balik.

(4) Dilarang mengambil gambar, membuat sebarang rakaman atau mengambil video semasa kursus berlangsung. Sekiranya anda memerlukan rakaman video, anda boleh membuat permohonan kepada pihak penganjur.

(5) Bahan bantuan pembelajaran akan diumumkan setelah tamat waktu kelas, tertakluk kepada persetujuan penceramah. Pihak penganjur berhak mengubah kenyataan ini sekiranya terdapat sebarang perubahan.