Kehidupan Seimbang dari Perspektif Saya
Andainya ada satu perkara yang kita semua mahukan, semestinya perkara tersebut adalah untuk rasa disayangi dan penting dalam hidup orang lain. Cukup ironi, rasa tidak disayangi atau diendahkan sepanjang zaman kanak-kanak memberikan saya cetusan semangat terbesar dalam hidup. Sebagai seorang anak perempuan bongsu dalam sebuah keluarga Cina, saya tidak pernah menjadi anak kesayangan. Situasi bertambah buruk setelah pemergian ayah saya, sehinggakan saya sering kali bertanya pada diri sendiri, “Adakah cinta itu benar-benar wujud?”.
Detik yang merubah segala-galanya berlaku ketika saya berusia 11 tahun. Ketika itu, saya berada dalam kelas sewaktu darjah 5 dan saya masih ingat bahawa pencetusnya adalah seorang guru yang amat saya kagumi. Beliau menyebut pepatah Inggeris berbunyi ‘A stitch in time saves nine’. Ketika itulah saya menyedari bahawa ‘Seseorang perlulah berusaha dengan keras untuk mencapai keseimbangan apabila hidup menghanyutkan anda darinya’ lalu memulakan misi seumur hidup saya untuk mencari ‘Keseimbangan’. Persoalan ini sentiasa bermain di kotak pemikiran saya sepanjang tempoh saya berulang-alik antara sekolah dan kerja sambilan sejak berumur 15 hingga 21 tahun.
Kehidupan saya berubah ke arah yang lebih baik setelah saya mengikat ikatan perkahwinan dengan kekasih saya sejak dari kecil lagi, Alan Wong. Kami nekad untuk membuka lembaran baru dalam hidup kami berdua. Pada usia 23 tahun, saya terpaksa mengorbankan impian saya untuk menjadi seorang pereka fashion demi untuk menjaga keluarga dan fokus kepada kehidupan berumah tangga. Kami membuat keputusan bersama untuk membeli tiket sehala dari Malaysia ke Thailand, dari zon selesa kepada persekitaran serba baru, demi mengembangkan potensi baru untuk karier kami.
Sewaktu berada di luar negara, saya perlu memenuhi dua identity berbeza; di rumah, seorang isteri dan ibu, manakala sewaktu di pejabat seorang eksekutif yang bertanggungjawab secara langsung kepada pengarah syarikat, dan pada masa yang sama seorang pengurus yang mengetuai sebuah pasukan. Setiap kali timbul suatu cabaran, saya perlu berdepan dengannya sendiri tanpa bergantung kepada sokongan daripada sanak saudara mahupun teman-teman rapat. Walaubagaimanapun, bak kata pepatah Inggeris ‘whenever life gives you lemons, make lemonade’. Saya mula berbisik kepada langit sewaktu dalam kesusahan dan kesempitan, yang akhirnya mengajar saya untuk berbicara dengan diri sendiri secara terbuka, dengan penuh kejujuran dan ketulusan.
Antara nilai-nilai peribadi utama saya: Kasih sayang, Keluarga, Kerjaya dan Kesihatan. Saya telah belajar untuk mengekalkan keseimbangan antara kesemua nilai-nilai tersebut.
Sejak kecil lagi, saya telah bercita-cita untuk menyebarkan mesej kasih sayang. Menjelang tahun 2002, saya dan suami telahpun menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di atas pencapaian keusahawanan kami. Saya berpendapat bahawa bila lagi masa yang lebih sesuai bagi saya menyebarkan mesej kasih dan sayang menggunakan reputasi dan kemasyhuran kami kalau bukan sekarang? Lantaran itu, kami memulakan perjalanan kedermawanan kami. Antara tahun 1998 dan 2008, kami mula meluangkan masa untuk membantu golongan yang lemah, muda dan tua, serta menyampaikan ucapan di beberapa majlis yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan kedermawanan antarabangsa. Setelah 10 tahun berdialog dan berdiskusi, kami mendapati bahawa kata-kata semangat dan motivasi semata-mata tanpa strategi dan perancangan yang tersusun, walaupun disusuli dengan bajet dan kewangan yang signifikan untuk kerja-kerja amal, tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan dan kerohanian yang berkaitan dengan sepenuhnya.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bertindak. Setelah menerima anugerah ‘The Global Federated Chinese Business Women Award’ pada tahun 2007 dan ‘A.S. Stevie Award for Women in Business’ ke-7 pada tahun 2010, tercetus idea untuk menubuhkan Stellavingze. Saya bercita-cita untuk memberikan mereka yang memerlukan perkara yang saya sendiri kekurangan pada satu masa dahulu- bimbingan dan sokongan. Saya telah mempelajari melalui pengalaman hidup bahawa ‘hidup bukannya untuk menjadi sempurna tetapi untuk mencari keseimbangan’ menyebabkan saya berdedikasi untuk menyebarkan semangat muhibbah. Saya percaya bahawa perubahan itu datang dari dalam diri, jadi langkah pertama adalah untuk menyemai perasaan kasih sayang dalam keluarga melalui pendidikan. Dari sini, kasih sayang akan disebarkan ke seluruh masyarakat, seterusnya memberi keyakinan kepada mereka untuk melebarkan sayap dengan hati yang murni.
Hasilnya, Stellavingze International ditubuhkan pada tahun 2019 dengan misi untuk mengukuhkan 5 teras jiwa (kesihatan, kecantikan, semangat, kebijaksanaan & karisma) dalam diri, di mana mereka akan menemui jalan menuju 'Kejayaan (Success)', 'Transformasi (Transformation)', 'Pencapaian (Achievement)' dan 'Pengiktirafan (Recognition)'.
Bagi memastikan saya berupaya menjalani kehidupan dengan sepenuhnya tanpa sebarang penyesalan, saya telah menghasilkan satu formula yang dinamakan ‘Stella Clockwise’, yang merupakan kunci kepada kehidupan yang seimbang. Jam yang digunakan dalam formula ini membahagikan hidup kita kepada 4 sukuan, dengan setiap suku 15 minit mewakili 7 tahun dari hidup kita. Ia menjadi semakin mudah untuk merancang masa depan dan menetapkan haluan hidup yang lebih seimbang, juga bagi individu yang merasakan bahawa mereka sedang jauh ketinggalan dalam arus kehidupan, kerana kebolehan untuk membaiki dan memperbetulkan perancangan mereka sentiasa terbuka tidak kira dalam zon waktu yang mana mereka berada.
Formula untuk kehidupan yang seimbang merangkumi 4 Operasi Asas Aritmetik (+ - × ÷) dalam kehidupan kita. Melalui ‘Campur Cinta’, ‘Penolakan Kebencian’, ‘Kali Kesyukuran’ dan ‘Pembahagian Konflik’, anda akan belajar cara untuk tetap dalam pendirian anda sambil memupuk hati yang murni dalam diri anda. Dekatkan diri anda dengan: mereka yang anda hormati, anda hargai, ahli keluarga anda, yang anda sayangi, dan mereka yang sehaluan dengan pemikiran anda. Jauhkan diri daripada: mereka yang bercakap belakang dan memfitnah.
Seminar kami (dibahagikan kepada 4 modul, iaitu ‘Twinkle Star’, ‘Star of Universe’, ‘Wishing Star’ & ‘Star of Hope’) diadaptasikan daripada pengajaran hidup yang telah saya lalui dan merupakan inti pati daripada apa yang telah saya pelajari dari pertemuan saya dengan orang-orang yang saya kagumi. Tidak kira pelajar ataupun mereka yang sering mengelamun, di rumah ataupun di tempat kerja, kami ada jalan untuk melengkapkan hidup anda.
Sejujurnya hidup kita semua serba kekurangan. Namun begitu, ini bukannya satu masalah. Tidak kira siapa diri kita- kanak-kanak yang merasakan dirinya tidak disayangi, wanita yang dikongkong dengan peranannya sebagai seorang isteri, pekerja bawahan yang merasakan dirinya tidak dihargai, mahupun individu tersisih yang telah putus harapan untuk diterima...anda akan mencari jalan untuk kembali bersinar seperti sebuah berlian setelah anda mempelajari mantera untuk mencapai kehidupan seimbang di Stellavingze.
Senarai Anugerah yang telah Dimenangi
Karya yang Diterbitkan
Pada tahun 2016, beliau menerbitkan buku terlaris "Kebahagian Yang Ku Tahu".
Sebagai pengasas sebuah syarikat multinasional, beliau telah menerajui pasukan antarabangsa selama bertahun-tahun
Membesarkan empat orang anak, membolehkannya memiliki keluarga yang bahagia
Bagaimana beliau mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga?
Beliau berkongsi idea serta pengalaman hidupnya mengenai kebahagiaan dalam buku ini
Kekal sebagai jualan terlaris setelah dilancarkan di pasaran sebanyak 4 kali berturut-turut.
Pada tahun 2018, bukunya "The Art of Position" membolehkan beliau memenangi empat anugerah utama di anugerah perniagaan wanita Stevie.
Beliau membukukan pengalaman hidup dan kerjayanya selama bertahun-tahun
Analisis menyeluruh dan praktikal.
Membantu anda untuk mencari kedudukan terbaik setiap tahun sepanjang perjalanan kerjaya anda!